Tuesday, April 30, 2013

Cara Buat Flash Banner Menggunakan Photoscape keren

 

Buat flash banner gengan cara paling mudah

Bagaimana cara buat flash banner yang paling mudah? Ramai blogger yang suka exchange banner masing-masing untuk dapatkan link daripada blog orang lain, dan untuk menarik perhatian pelawat untuk klik banner? Ok sebenarnya exchange Flash banner ini antara benda yang sangat penting untuk mendapatkan backlink di samping meningkatkan trafik blog korang. 
Di sini Saya akan tunjukkan cara, bagaimana untuk membuat flash banner yang paling simple menggunakan Photoscape. Banner di bawah ni merupakan banner Testing yang mengambil masa 10 minit untuk disiapkan.
Ikuti tutorial ini untuk mengetahui cara buat flash banner untuk blog korang.
1. Pertama sekali korang kena download Photoscape (Free)


Blogger Flash Banner

2. Bila dan siap download, korang masuk ke dalam Photoscape dan Klik Editor

Simple flash banner

3. Kemudian Pilih Gambar yang korang nak guna di bahagian kiri Photoscape.

exchange banner untuk blogger

4. Selepas tu korang kena resize gambar korang mengikut sais yang korang nak. Klik pada resize, dan tetapkan size pada bahagian yang di tandakan. Klik ok bila dah siap.

cara paling senang buat flash

5. Klik pada bahagian yang di tandakan untuk menambah teks.. Dan "Save As" Sebagai Gambar yang pertama.

1 malaysia flash banner

6. Lakukan perkara yang sama untuk membuat gambar yang kedua dan.. "Save As" Sebagai gambar yang ketiga.

buat banner flash guna photoscape

7. Untuk menambah gambar seterusnya, perkara yang sama perlu dilakukan, dan "Save As" sebagai gambar yang ketiga.. begitulah seterusnya sekiranya korang ingin menambah lebih banyak gambar.

tutorial flash banner

8. Seterusnya, apabila korang dah siap edit gambar. Pilih option AniGif pada Photoscape.

banner menggunakan flash

9. Sellect dan drag gambar yang korang edit tadi ke bahagian tengah dan susun gambar tersebut mengikut urutan yang korang nak. Klik pada "Change Time" untuk mengubah masa pergerakan gambar korang dan "Change Effect" untuk menambahkan effect kepada gambar korang. Korang juga boleh mengubah masa pergarakan gambar individu menggunakan bahagian yang dibulatkan.

flash banner untuk blogger

10. OK, Siap bahagian membuat Flash Banner korang. Sekarang pula cara untuk upload gambar flash banner korang. Korang boleh pilih untuk upload gambar korang di photobucket.com ataupun imageshack.us tapi dalam tutorial tambahan di bawah, saya cuma tunjukkan cara upload ke album Google Picasa. Untuk register Picasa Web Album Klik SINI.

11. dalam Picasa Web Album, Korang Klik Picasa Web Album untuk Upload Flash Banner korang tadi.

menggunakan picasa web album

12. Setelah selesai upload. Right Klik pada Flash banner korang dan sellect "Copy Image Location"

picasa web album paling senang untuk upload gambar

13. Ok, lepas dah dapat link untuk Url Flash Banner korang, korang ikut pula langkah ni.
Login ke Dashboard Blog > New Post > HTML
Ataupun
Login ke Dashboard Blog > Layout > Add Gadget > HTML/JavaScript

Kemudian Copy kod dibawah dan paste kedalah HTML korang

<center><a href="URL Blog Korang" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src="URL Flash Banner Korang" /></a></center>
Tukarkan bahagian yang bewarna Kuning Kepada URL blog korang.
Tukarkan bahagian yang bewarna Oren kepada URL Flash banner Korang.

Siap!

Korang boleh tengok hasilnya seperti yang di bawah ni.

khai angel flash banner

Nota : Google - Picasa Web Album merupakan Web Album Default bagi blogspot blogger. Korang boleh menyimpan gambar sehingga penuh 1024Mb ruangan penyimpanan yang diberikan percuma.

Selamat Mencuba dan semoga Berjaya ^^

Senyum :D

0 comments:

Post a Comment